Pembaca Budiman!

Ahad, 29 Mei 2011

Perancangan Kewangan Secara Bijak Bagi Pelajar


Assalamualaikum dan Salam Satu Pengguna


Setiap pelajar mendapat wang saku daripada ibu bapa mereka sebagai bekalan ke sekolah. Namun tidak ramai pelajar yang bijak mengurus wang yang telah diterima.
Berikut adalah beberapa perancangan yang boleh dilaksanakan oleh pelajar untuk mengurus wang:


Menabung bagi menjamin masa hadapan! 
Rancang perbelanjaan.
Sentiasa merancang kewangan apabila menerima wang perbelanjaan. Perbelanjaan secara terancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Rekodkan jumlah wang saku yang diterima dan rekod juga perancangan perbelanjaan. Cuba sedaya upaya untuk berjimat semasa berbelanja.

Belanja Dengan Bijak.

Cara belanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.
Jangan meminjam wang daripada sesiapa.
Jangan berbohong kepada ibubapa semata-mata ingin mendapatkan wang.
Jangan minta sesuatu yang diluar kemampuan ibubapa.

Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Ditangan.

Elakkan berbelanja sehingga wang ditangan habis. Hal ini demikian kerana wang perlu digunakan bila-bila masa sahaja.

Menyimpan Wang Di Tempat Selamat.

Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi faedah daripada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibubapa untuk membuka akaun simpanana.

Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan.

Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada penyimpan wang. Wang yang disimpan boleh diguna pakai apabila kita memerlukan di masa depan. 

0 ulasan:

Blogger templates




Tentang Penulis

Ikuti kami di Facebook!

Blogroll